PERIBAHASA
SIMPULAN
BAHASA
1. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa
yang paling ringkas.
2. Simpulan bahasa biasanya mempunyai dua patah
perkataan dan mempunyai
makna yang padat dan tepat.
makna yang padat dan tepat.
3. Senarai
simpulan bahasa dan maksudnya.
a) Ayam
1. Ayam tambatan
Maksudnya : Orang yang
menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan atau perkara.
2. Ajak-ajak ayam
Maksudnya : Pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh.
3. Bapa ayam
Maksudnya : Bapa yang tidak memperdulikan anak-anaknya ;
Lelaki yang
memperdagangkan pelacur.
4. Cakar ayam
Maksudnya : Tulisan yang sukar dibaca.
5. Ibu ayam
Maksudnya : Perempuan yang memperdagangkan pelacur
6. Kaki ayam
Maksudnya : orang yang tidak memakai alas kaki
atau kasut
7. Rabun ayam
Maksudnya : Tidak dapat melihat dengan jelas
pada waktu senja
8. Tidur- tidur ayam
Maksudnya : Tidur yang tidak lena
9. Ayam
pemikat
Maksudnya : Orang yang dijadikan umpan untuk melakukan
hajat orang lain.
b) Anjing
1. Anjing kurap
Maksudnya : Orang yang dipandang hina kerana miskin
c) Buaya
1. Buaya darat
Maksudnya :
Lelaki yang suka memperdayakan perempuan
d) Cacing
1. Cacing kepanasan
Maksudnya
: Tidak selesa ; resah
e) Kutu
1. Kutu embun
Maksudnya : Orang yang suka meraya-rayau hingga larut malam
f)
Kucing
1. Alim kucing
Maksudnya : Berpura-pura baik di hadapan orang
2. Kucing kurap
Maksudnya : Sangat hina
3. Kucing bertanduk
Maksudnya : Perkara yang mustahil berlaku.
4. Malu-malu kucing
Maksudnya : Berpura-pura malu di hadapan orang
g) Ketam
1. Ketam batu
Maksudnya : Kedekut
h) kancil
1. Akal kancil
Maksudnya : Tipu daya atau muslihat yang licik
i) Kera
1. Kera sumbang
Maksudnya : Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain.
j) Lipas
1. Lipas kudung
Maksudnya
: Menyiapkan kerja
dengan cepat.
k) Lintah
1. Lintah darat
Maksudnya
: Mengambil keuntungan yang berlebihan; memeras orang
2. Telinga lintah
Maksudnya : Tajam pendengaran
l) Biawak
1. Lidah biawak
Maksudnya : Percakapan yang berubah-ubah
m) Katak
1. Mati katak
Maksudnya : Mati yng sia-sia
n) Kerbau
1. Mandi kerbau
Maksudnya : Mandi tanpa membersihkan tubuh.
o) Ikan
1. Nyawa-nyawa ikan
Maksudnya
: Hampir mati; nazak
p) Lalat
1. Pening lalat
Maksudnya :
Pening sedikit.
2. Jinak-jinak lalat
Maksudnya : Oraang yang bercampur dengan orang lain tetapi
tidak rapat.
3. Lalat hijau
Maksudnya :
Orang yang buruk perangainya dan gemar melakukan perbuatan jahat
q) Badak
1. Pekak badak
Maksudnya :
Tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
r) Kambing
1. Senyum kambing
Maksudnya
: Senyum mengejek
s) Singa
1. Singa lapar
Maksudnya
: Sangat marah
t) Udang
1. Otak udang
Maksudnya : Bodoh
u) Merpati
1. Jinak-jinak merpati
Maksudnya :
Perempuan yang peramah tetapi sukar dipikat.
v) Murai
1. Mulut murai
Maksudnya : Banyak bercakap atau membuat bising.
w) Ikan sepat
1. Bodoh sepat
Maksudnya : Berpura-pura bodoh.
Amat berguna untuk rujukan
ReplyDeleteSimpulan bahasa di sini snagat berguna untuk membuat ulang kaji!
Deleteterima kasih...
Bagus 👍👍
Delete*sangat
ReplyDeleteJadi kaki
ReplyDeletePeribahasa 😄👍👍👍👍👍👌
ReplyDeletePeribahasa 😄👍👍👍👍👌👌👌
ReplyDeleteSaya sangat suka kalau saya ada mau cari simpulan bahasa senang jumpa
ReplyDeleteso good...👍
ReplyDeleteHuhu menyesal 7 keturunan
ReplyDeleteSaya nak yang ayam dengan anjing sebab saya ni nak cari satu google ni tak jumpa langsung?
ReplyDeleteBetul
ReplyDelete