1. Ada gula ada semut.
- Apabila ada sumber rezeki, akan banyaklah yang berkumpul disitu.
2. Ada udang di sebalik batu.
- Mempunyai niat tertentudisebalik perbuatan atau pertolongan yang dilakukan.
3. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
- Orang yang nampak baik dan pendiam jangan disangka tidak berbahaya.
4. Alah bisa tegal biasa.
- Pekerjaan yang susah atau sukar akan menjadi senang apabila selalu dilakukan.
5. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
- Sesuatu itu menurut asalnya ; anak akan menurut baka ibu bapanya.
6. Bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan nyiru.
- Sesuatu kesalahan ayng besar tidak akan dapat diselindung.
7. Beri betis hendak paha
- Tidak cukup dengan pemberian ; beri sedikit hendak banyak.
8. Bertemu buku dengan ruas.
- Seseorang yang bertemu atau berlawan dengan lawan yang sam kuat atau gagahnya.
9. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit juga.
- Seseorang yang melakukukan keburukan atau kesusahan terhadap ahli keluarganya sendiri akan merasa susahnya juga.
10. Dengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan.
- Kerana mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu diperoleh , hasil kecil yang pasti dilepaskan.
No comments:
Post a Comment