1. Embun di hujung rumput
- kasih sayang yang tidak berkekalan.
2. Gergaji dua mata
- Orang yang mencari keuntungan daripada kedua-dua pihak.
3. Gunting makan di hujung.
- Membuat sesuatu secara diam-diam dan perlahan-lahan tetapi berhasil.
4. Halilintar membelah bunyi.
- Bunyi yang sangat kuat.
5. Harimau menunjukkan belangnya.
- menonjolkan sifat sebenarnya sete;ah sekian lama menyembunyikannya.
6. Haruan makan anak.
- Bapa yang memperkosa anaknya sendiri.
7. Harimau menyembunyikan kukunya.
- Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
8. Isi dengan kuku.
- Perhubungan yang sangat akrab dan karib.
9. Itik pulang petang
- Orang yang berjalan lambat.
10. Kaca terhempas ke batu.
- Hati yang hancur kerana sangat sedih.
11. Kacang lupakan kulit.
- Seseorang yang tidak mengenang budi.
12. Katak dibawah tempurung.
- Amat cetek pengetahuannya.
13. Kera kena belacan.
- Orang yang tidak tahu duduk diam.
14. Kera mendapat bunga.
- Orang yang tidak tahu menilai pemberian orang.
15. Kera sumbang
- Takut hendak bercampur gaul dengan orang ramai.
No comments:
Post a Comment