Monday 16 April 2012

Bidalan II

1. Gunting dalam lipatan
- Musuh atau pengkhianat dalam kalangan sahabat atau saudara mara kita yang tidak kita ketahui.


2. Indah khabar dari rupa.
- Perkhabaran tentang sesuatu yang lebih indah daripada keadaan yang sebenarnya.


3. Jauhari juga yang mengenal manikam.
- Orang yang bijaksana juga yang mengenal kebaikan dan ketinggian ilmu.


4. Jauh panggang dari api.
- Jawapan atau sindiran yang tidak benar atau salah sama sekali.


5. Lempar batu sembunyi tangan.
- Orang yang membuat sesuatu kesalahan tetapi berdiam diri seolah-olah tidak melakukannya.


6. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
- Kerana marahkan seseorang , harta sendiri dimusnahkan.


7. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- Mendidik seseorang itu dengan perkara yang baik biarlah ketika masih kecil lagi.


8. Melepaskan batuk di tangga
- Membuat sesuatu pekerjaan sambil lewa , tidak bersungguh-sungguh ; membuat secara terpaksa.


9. Menanam tebu di tepi bibir.
- Orang yang bercakap manis di mulut tetapi di hatinya tidak.


10. Mencurahkan garam di laut.
- Melakukan pekerjaan yang sia-sia, menolong sesorang yang tidak memerlukan pertolongan tersebut menyebabkan pertolongan itu tidak dihargai.

No comments:

Post a Comment