Tuesday 24 April 2012

Kata Hubung II

KATA HUBUNG BERPASANGAN

1. Bagaimana...Begitulah
- menunjukkan persamaan yang hampir
  • Bagaimana acuan begotulah kuihnya
2. Baik...Baik...
Baik...Mahupun
- menunjukkan perasaan
  • Baik Suhaimi mahupun Suhaida, mereka sama-sama pandai dalam matapelajaran matematik.
3. Bukan..Sahaja..Bahkan juga..
Bukan sahaja..
Malah bukan sahaja.. 
Tetapi sahaja
- menunjukkan akibat atau sesuatu yang berikutnya.
  • Merokok bukan sahaja membazirkan wang bahkan juga menjejaskan kesihatan.
4. Daripada..Lebih baik
- menunjukkan perbezaa dan perbandingan.
  • Daripada turut bersubahat dengannya , lebih baik saya menyerah diri.
5. Entah.. Entah
- menunjukkan sesuatu yang kurang pasti.
  • Entah dapat entah tidak Encik Sulaiman embeli tiket bas menjelang musim perayaan.
6. Jangankan..Pun..Sedangkan..Inikan pula
- menunjukkan kemampuan
  • Jangankan seringgit , sepuluh sen pun dia tidak ada.
7. Kian..kian
Makin..makin
Semaki..semakin
- menunjukkan sesuatu yang makin bertambah
  • Kian lama kian ramai orang yang datang ke pesta itu.
8. Sama ada.. ataupun
- menunjukkan makna persamaan dengan yang lain
  • Saya akan ke rumahnya sama ada hari ini ataupun esok.
9. Sungguhpun.. tetapi
Walaupun..namun
- menunjukkan maksud yang menandakan pertentangan
  • Sungguhpun dia kuat makan tetapi badannya tetap kurus .

No comments:

Post a Comment