Monday 16 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


                                                                      
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU.

Tarikh/ Hari    :  10.04. 2012 ( Selasa )         Masa          : 8.1 0 – 8.40                                           Kelas              :    4 Takwa                            Bil. Pelajar :  35 orang                                                                          M/ Pelajaran   :    Bahasa Melayu                                                                           
Tajuk              :   1. Keselamatan
                        1.1   Utamakan keselamatan            

Objektif :     Diakhir pembelajaran ini, murid akan dapat;-
-          Menceritakan peristiwa dalam gambar dengan ayat sendiri.
-          Membaca perkataan yang ditunjukkan dengan sebutan yang betul
-          Membina dan menulis ayat majmuk berdasarkan gambar yang ditunjukkan
-          Menyenaraikan nilai murni yang diperolehi semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa melihat bencana alam melalui televisyen.
Konsep        : keselamatan, kesihatan, bencana, kemalangan
Bahan          : Carta gambar, kertas kajang, buku latihan
Nilai              : Bekerjasama, berkomunikasi, berhemah, jimat cermat, prihatin
Kemahiran    : Membaca dan bertutur, membaca dan menulis
Ilmu               : Kajian tempatan, Geografi
Tatabahasa  : Kata hubung


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 3 minit )
Membaca pantun teka teki
Cuba teka wahai kawan, bukan pokok bukan haiwan, Semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.
1.Guru menunjukkan sampul surat.

2.Guru menyoal maksud pantun teka teki
1.Murid memilih sampul dan mengikut arahan pada kad.            2.Murid menjawab soalan guru.

Strategi/ teknik Membaca




Langkah 1
( 5 minit )
Bersoaljawab

Peristiwa
Ribut  Kebakaran  Banjir Perlanggaran                 
1.Guru menampal carta. 
  2.Guru menyoal murid tentang gambar.

 3. Guru menyuruh murid membaca perkataan
1.Murid memerhati gambar. 
2. Murid men-jawab soalan berdasar -kan gambar.
  3.Murid membaca perkataan
Strategi/ teknik
Penyoalan secara kelas
Langkah 2
( 10 minit )
Gerak kerja kumpulan

Kata hubung  -dan, kerana, sambil, tetapi, atau, supaya

1.Guru menampal gambar.      2.Guru mengarahkan  setiap kumpulan  membina tiga  ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.   3.Guru meminta semua murid menyebut kata hubung dan guru menulis di papan hijau.
4.Guru mengedar-kan kertas kajang dan mengarahkan murid berbincang.
1.Murid memerhatikan gambar.  2.Murid mendengar arahan guru.


3.Semua murid menyebut kata hubung.


4.Murid membina ayat majmuk dan mencatat di atas kertas
Strategi/ teknik
Perbincangan kumpulan

Sikap/ nilai
Penglibatan aktif,
Bekerjasama
Langkah 3
(  7 minit )
Pembentangan hasil kerja kumpulan
1.Guru meminta wakil kumpulan keluar kehadapan dan membaca ayat yang dibina  dari hasil kerja       kumpuan.
1.Wakil murid membaca ayat yang telah dibina dari hasil kerja kumpulan. 2.Murid lain mendengar ayat yang di baca.
Strategi/Teknik
Laporan hasil perbincangan
Penutup
( 5 minit )
Pengukuhan
1.Guru meminta murid menyata nilai murni yang mereka perolehi.  
                                                 
2.Guru menyuruh murid mencatat dalam buku latihan

1.Beberapa orang murid dipilih bagi menyatakan nilai murni tersebut.
2.Murid mencatat nilai murni dalam buku latihan.

Strategi/Teknik
Penyoalan secara rawak




Refleksi :



No comments:

Post a Comment