Wednesday 18 April 2012

Kata Hubung

KATA HUBUNG GABUNGAN


1. Atau
- menunjukkan pilihan

  • Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu.
2. Bahkan , lagi
- menunjukkan tambahan atau lebihan kepada yag sedia ada
  • Dia bukan sahaja kaya bahkan mempunyai harta yang banyak.
3. Dan
- menggabungkan dua atau lebih unsur yang setara
  • Nariah suka membaca surat khabar dan majalah.
4. Kecuali
- menunjukkan kekecualian
  • Semua ahli keluarga Adif memakai cermin mata kecuali kakaknya.
5. Lalu , seraya
- menggabungkan dua perkara yang berlaku berturutan
  • Hamdan bangun seraya berkata , "Inilah hasil kerja saya."
6. Maka
- menyatakan maksud oleh itu
  • Air banjir semakin naik, maka terpaksalah dia berpindah.
7. Malahan
- menunjukkan sesuatu yang kian bertambah
  • Bukan itu sahaja , malahan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.
8. Melainkan
- menunjukkan hanya
  • Dia tidak akan ke majlis itu melainkan mendapatkan keizinan daripada ibunya.
9. Padahal , sedangkan
- menunjukkan keadaan yang sebenar
  • Dia tidak dapat membuat kek itu padahal saya telah mengajarnya.
10. Sambil
- menunjukkan sesuatu yang dilakukan bersama-sama
  • Norain menyanyi sambil menari
11. Serta
- menunjukkan sesuatu yang serentak
  • Zamri serta rakan-rakannya bermain bola di padang.
12. Tetapi
- menunjukkan sesuatu hal yang berlawanan
  • Aisyah suka membaca tetapi adiknya tidak.

No comments:

Post a Comment