Wednesday 18 April 2012

Kata Hubung

KATA HUBUNG PANCANGAN

Pancangan Relatif

1. Yang
  •  Lim memasukkan beberapa biji limau ke dalam bakul yang besar itu
Pancangan Komplemen

1. Bahawa
  • Razak memberitahu saya bahawa kelas tambahan akan diadakan pada hari Sabtu ini.
2. Untuk
  • Sungguh mustahil untuk dia menang dalam pertandingan itu.
Pancangan Keterangan

1. Agar , supaya
- menyatakan tujuan atau maksud
  • Makanlah ubat ini agar kamu cepat sembuh
2. Andai kata
- menunjukkan misal atau jika
  • Andai kata dia tidak hadir, maka kamulah yang harus menggantikannya.
3. Apabila
- menunjukkan akibat
  • Daun yang gugur berterbangan apabila ditiup angin.
4. Biarpun , kentadipun , meskipun , sungguhpun , walaupun , sekalipun.
- menunjukkan penentangan kenyataan dengan kenyataan yang sebleumnya.
  • Biarpun dia kaya , saya tetap tidak akan meminta pertolongannya.
5. Hingga , sehingga , sampai
- menunjukkan had tertentu
  •  Majlis perkahwinannya diadakan dari pagi hingga petang
6. Jika , kalau , sekiranya
-menunjukkan syarat 
  •  Saya akan membantu awak jika saya tidak mempunyai hal
7. Kerana , lantaran
- menunjukkan sebab

  • Dia lambat ke sekolah kerana ketinggalan bas
8. Manakala
- menunjukkan sesuatu yang berlawanan , sedangkan , ketika

  • Ramai orang cedera manakala berpuluh-puluh buah keluarga kehilangan tempat tinggal dalam kejadian tanah runtuh itu.
9. Ketika , tatkala
- menunjukkan pada masa itu .
  • Ketika kejadian itu berlaku , saya berada di perpustakaan.


2 comments:

  1. Salam
    Terima kasih atas paparan yang cikgu buat

    ReplyDelete
  2. Salam
    Tahniah,blog yang menarik

    ReplyDelete